Sempena bulan baru di tahun baru merangkap ulangtahun pertama perkahwinan
MJ pada
10 Januari 2011,
MJ telah mengadakan contestnya yang pertama.
Peraduan tamat pada 30.01.2011 (11.59pm)
BEBUNGA CINTA UMMI & ABI
2000- 2001
perkenalan bermula ketika sama-sama menuntut
di politeknik port dickson.
sekadar kenal gitu-gitu tak pernah duduk berbicara
sekadar berbalas senyuman dan berkirim salam
hingga usai semester ditamatkan.
kemudian hubungan kami terputus
2002-2004
Takdir Allah
kami telah dipertemukan semula,
ketika diri ini menyambung pelajaran
di KUiTTHO, batu pahat,johor.hubungan persahabatan
semakin akrab ketika 'dia' menjadi mentor dalam menghasilkan
final projek.namun kami hanya teman biasa
'teman tapi mesra'..
usai pengajian kami terputus hubungan lagi.
2005
mungkin jodoh kami panjang,di alam maya
kami berhubungan kembali
emel,chatting bila ada masa terluang
akhirnya...si 'dia' meluahkan rasa yg terpendam..
walau tidak Pernah bercinta,namun dirini percaya
apasaja ketentuannya,pasti punya hikmah disebaliknya
dan diyakini,jodoh pertemuan itu ditentukan
oleh yang MAHA KUASA
2006
cincin disarung pengikat janji,tanda hati sudah dimiliki
18 mac 2006 kami bertunang
2007
yang dijanji sudah terkota
04 april 2007 kami diijabqabul
syukur,padaNya yg takterhingga.,moga jodoh ini
berpanjangan keakhir hayat.
amin
selepas diijabqabul.
tangan dicium tanda kaseh bersatu
senyuman dibibir,
mengharap sinar kebahagiankan terus bergemerlapan.
keranaNYA kita bertemu
demi kasihNya kita bersatu
ke hujung nyawa janji dipadu
hanya kau yg satu..