Saturday, October 30, 2010

resipi 'ayam paprik'

arini ummi nak kongsi resipi lak..masak ayam paprik.Tak susah manapun dan takla sedap manapun masakan ummi ni...cuma nak berkongsi rasa dan idea ngn kwn2 jer..ummi suka bebeno ngn masak ayam paprikni...hihi!


Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1/2 ekor ayam
  •  Bahan kisar 
  • 1 inci kunyit
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit belacan(kalau sukala yer..)
  • Bahan hiasan
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • sedikit garam, gula dan perisa
  • 1 keping asam keping
Cara-cara                      
  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Goreng ayam sehingga separuh masak
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
  4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya 
  6. pastu bole hidang dan hias cantik2...





1 comment:

umialya said...

boleh cuba ni.. tk kongsi resepi

Related Posts with Thumbnails